Product description
Penulis: Ustaz Azhar Yahya Al-Batawi & Ustazah Fadilah Yaacob
Setiap pengalaman dan ilmu yang diperolah digarap dengan pedoman berasaskan hukum syarak, di samping memasukkan nilai tambah tentang kaedah-kaedah melaksanakan ibadah ketika menghadapi keuzuran mengambil pendapat terkuat serta sesuai dengan keutamaan mudah, pesakit juga boleh beribadah
Pengalaman penulis melayari kehidupan dalam tempoh yang lama di hospital dan melihat berbagai-bagai cara kehidupan para pesakit menyebabkan penulis berasa terpanggil untuk mencurahkan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama dalam agenda memperbaiki ummah ini.
Penulis cuba mengambil pendapat terkuat serta sesuai untuk dilaksanakan dengan memberi keutamaan kepada mazhab Syafi'i. Tidak dinafikan ada beberapa masalah yang mempunyai pelbagai pendapat, penulis cuba memberikan penyelesaian yang terbaik berdasarkan kajian daripada ijtihad para ulama mazhab Syafi'i dan juga merentas mazhab.
Bukan untuk mengambil mudah atau tatabbu' rukhas
tetapi memberikan keringanan kepada golongan pesakit yang sememangnya perlu mengambil keringanan agar maqasid syariah dalam menjaga agama tetap terlaksana. Penulis berharap ia menjadi ikhtilaf yang sihat dalam perkembangan ilmiah.
Dapat mengetahui situasi-situasi yang dibolehkan untuk berukhsah dengan jelas dan tepat berpandukan huraian dan contoh situasi yang di beri
Pembaca dapat lebih memahami seterusnya mengaplikasikan keringanan yang di beri bukan sahaja berdasarkan huraian, tetapi juga ilustrasi dan gambar-gambar tentang tatacara melaksanakan ibadah ketika keuzuran
Sesuai diletakkan di hospital, pusat kesihatan, klinik, pejabat, pusat pendidikan dan institusi besar sebagai panduan semua lapisan masyarakat yang sentiasa situasi yang tidak di duga khasnya situasi ketika sakit dan uzur