Product description
Penulis: Prof. Madya Dr. Muhamad Rozaimi Ramle
Dimensi (cm): 16.5cm x 23.5cm x 1cm
Naskhah ini dipersembahkan untuk umat akhir zaman sebagai panduan dalam menjalani kehidupan. Kesemua hadis di dalam buku ini ditadabburi dan dirungkai untuk difahami makna yang terkandung di sebaliknya. Ia disampaikan dengan penuh santai tetapi mendalam maksudnya.
Kebanyakan hadis yang disusun oleh Iman al-Nawawi ini berkisar tentang kaedah dan konsep penting dalam memahami hidup beragama. Untuk itu, ia amat sesuai kepada semua golongan bermula daripada orang biasa sehinggalah kepada orang ternama.
Tadabbur Hikmah Hadis 40 Imam Nawawi bukanlah kitab syarah kepada al Arbain al Nawawiyyah. Sebaliknya ia merupakan satu ulasan yang lebih 'deep' serta dipersembahkan dalam bentuk berbeza dengan buku Hadis 40 yang telah sedia ada.
Kesemua 42 hadis yang telah disusun oleh Imam Nawawi ni ditadabburi dengan penuh terperinci bersandarkan dalil yang kuat serta hujah yang bernas.
Kualiti serta persembahan buku yang menarik.
Ditulis oleh salah seorang pakar rujuk khusus dlm bidang hadis.
Setiap hadis diolah dgn mendalam, tetapi mudah difahami
Sesuai untuk semua golongan pembaca.
Tepat untuk dijadikan bacaan harian atau dijadikan sebagai silibus pengajaran.