Pelbagai soalan berlegar dalam fikiran sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Adakah dia pilihan yang terbaik? Apakah red flag pada calon yang perlu kita perhatikan? Pernikahan bukanlah perkara yang mudah. Pelbagai persediaan dari aspek kewangan, psikologi, kesihatan bahkan perhubungan yang perlu diketahui demi menyempurnakan sebahagian daripada agama. Maka, penulisan ini meneroka persoalan-persoalan tersebut dengan terperinci - daripada perkara yang wajib kita tahu, hingga isu yang dianggap tabu.